Intan Eksekutif
TAMILSELVI & CHELLAIAH
Selangor
Tamilselvi & Chellaiah begitu berjaya dalam perniagaan insurans yang mereka ceburi sehinggalah kegawatan ekonomi melanda pada 1987. Dengan sekelip mata, mereka kehilangan segala-galanya. Masa depan yang cerah menjadi suram dan mereka turut dipulau oleh rakan-rakan mereka.
Ketika dalam keadaan tersepit inilah mereka diperkenalkan kepada perniagaan ini. Walaupun tidak mempunyai apa-apa, mereka begitu bersemangat untuk mula membina perniagaan mereka sendiri.
“Ada pepatah yang berbunyi, ‘bukan poket kosong yang menjadi masalah tetapi akal yang kosong sebenarnya’. Kami sentiasa mengingatkan diri kami bahawa impian kami mestilah cukup besar agar cabaran yang kami hadapi menjadi kecil apabila dibandingkan dengannya,” kata Tamilselvi.
“Kami menghadiri seberapa banyak mesyuarat dan acara yang boleh, membaca bahan-bahan bercetak syarikat, mendengar ceramah motivasi, bergaul dengan para pemimpin yang berjaya dan sentiasa mengekalkan sikap dan pemikiran yang positif. Apa yang paling penting ialah kami menggunakan perniagaan ini sebagai satu peluang untuk menunjukkan kepimpinan kami dan membantu seberapa ramai yang kami boleh.”
Hari ini, kesemua anak perempuan dan menantu mereka menceburi perniagaan ini dan melakar kejayaan mereka sendiri. Selain kejayaan, jaminan kewangan dan peluang untuk melancong ke seluruh dunia, perniagaan ini telah memberikan mereka kebahagiaan yang tidak terhingga dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.
Ingatlah,” kata Tamilselvi, “masa-masa sukar tidak akan berkekalan tetapi orang yang tabah pasti bertahan”.