Intan Eksekutif Pengasas
CHEONG KWEE FATT & NG KIM MOOI
N. Sembilan
Falsafah hidup saya ialah kita harus berani menerima perubahan. Saya percaya bahawa dengan pemikiran yang positif, seseorang itu mampu mengawal emosi, berjaya mengharungi saat-saat yang mencabar dan menangani waktu-waktu sukar dengan lebih baik. Mereka yang cepat mengalah takut dengan penolakan. Bagi saya, penolakan membantu mendorong kami sepanjang perjalanan menuju ke pencapaian yang lebih hebat.
Kwee Fatt berhenti sekolah ketika berusia 11 tahun dan pada usia 12 tahun pula, beliau telah mula bekerja sebagai mekanik untuk menyara hidup. Apabila beliau dan Kim Mooi memulakan perniagaan ini, mereka tidak mempunyai wang, kenalan mahupun kemahiran sosial. Sungguhpun demikian dan walaupun tidak mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, mereka tidak berganjak.
Mereka memastikan agar mereka menghadiri semua mesyuarat dan sesi latihan. Lebih banyak mereka belajar dan menggunakan produk, lebih yakin mereka terhadap perniagaan ini. "Saya juga bertambah bersemangat dengan perniagaan ini, memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk Menunjukkan Pelan dan menjalankan demonstrasi produk malah kepada orang yang tidak dikenali," kata Kwee Fatt.
Sepuluh bulan selepas mendaftar, mereka layak sebagai Platinum dan taraf kehidupan mereka meningkat dengan ketara seiring dengan setiap peringkat yang mereka capai. Saya dan Kim Mooi telah menikmati kebebasan selama 14 tahun tanpa terikat dengan pekerjaan atau bekerja dengan orang lain. Namun, tiada yang lebih membanggakan kami selain dapat menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga dan menjadi ibu bapa yang berdedikasi kepada tiga orang anak kami dan dalam pada masa yang sama membina perniagaan kami."
Di AMWAYTM, tiada batas sempadan. Beranikan diri untuk melangkah keluar dan mencari peluang. Kejayaan tidak jauh dari gapaian dan dunia ini milik mereka yang berani!”