Dua Intan
ANISAH & HAMID
Kuala Lumpur
Anisah percaya pada kata-kata "peluang hanya datang sekali". Oleh itu apabila Peluang Perniagaan AMWAY™ dibentangkan kepada beliau pada 1980, beliau merebutnya tanpa berfikir panjang. Beliau terus komited terhadap perniagaan ini dan tahu ia akan menjadi usaha sepanjang hayat untuknya.
Hamid mengambil masa beberapa bulan untuk menyemai minat tetapi sebaik sahaja beliau menyedari sepenuhnya potensi perniagaan ini, beliau memberikan sokongan padu. Pasukan suami dan isteri ini saling memberi sokongan ketika susah atau senang sambil mereka mempelajari selok-belok perniagaan dan mengharungi cabaran, terutamanya pada tahun-tahun awal ketika rangkaian produk AMWAY adalah terhad.
"Walaupun kita tidak pernah menjual apa-apa sebelum ini atau tidak pernah terdedah kepada jualan langsung, kami yakin dengan ABO atasan, perniagaan, produk dan syarikat. Kami percaya dengan kepimpinan melalui teladan; kami menggunakan produk, berusaha untuk memupuk sikap yang betul serta menguruskan masa dan kewangan kami dengan lebih berkesan, "kata Anisah.
Mereka menghargai peluang berinteraksi dengan rakan-rakan ABO dari latar belakang yang berbeza tetapi berkongsi aspirasi dan cita-cita yang sama. Namun, perkara yang pasangan ini paling hargai ialah kebebasan yang luar biasa, ketenangan fikiran dan jaminan perniagaan terutamanya apabila mereka semakin tua. "Kelembapan ekonomi tidak memberi kesan ke atas perniagaan kami. Malah, kami mencapai tahap yang lebih tinggi semasa kelembapan ekonomi! Kehidupan di AMWAY memang mengujakan. Kami sentiasa boleh menjangkakan perkara baru, pengalaman baru, bertemu orang baru dan melawat tempat baru. "