Intan
HO MENG KUANG & DORIS LEE
Johor
Bagi saya, bahagian yang paling menarik mengenai kerjaya AMWAY™ ialah perniagaan itu sendiri: ia bebas risiko dan modal permulaannya yang rendah. Selain itu, kami berpeluang untuk bekerja, berkongsi dan belajar dengan sekumpulan orang yang sehaluan, positif, mesra dan bercita-cita tinggi.
Rakan baik saya, Lee Sai Kow menjemput saya menghadiri AMWAY OPP pada 6 April 1980 dan sejak itu saya telah menjadi seorang Pemilik Perniagaan AMWAY (ABO).
Sewaktu saya mula diperkenalkan kepada AMWAY, semua orang berkata bahawa saya boleh melakukannya. Melalui AMWAY, saya belajar untuk menjadi seorang yang positif, mengasah kemahiran berucap di khalayak ramai dan menemui cara untuk memupuk impian saya.
Sebelum mendaftar, saya merupakan seorang yang agak negatif dan pemalu. Sekarang semuanya telah berubah
Apabila saya membuat keputusan untuk memulakan perniagaan AMWAY, saya benar-benar meletakkan seluruh jiwa raga saya. Saya menghadiri setiap mesyuarat, meningkatkan pengetahuan mengenai produk dan mencuba sendiri produk. Saya juga belajar mengendalikan sesi OPP dan perjumpaan saya sendiri di rumah.
Apabila AMWAY memulakan operasinya di Singapura, kami membuat satu keputusan yang serius untuk mengembangkan perniagaan kami merentasi Tambak Johor.
Anak-anak kami akan memasuki kolej, bermakna tanggungjawab kami semakin berat. Oleh itu, kami terpaksa menetapkan matlamat kami yang seterusnya – menjadi Intan. Kami juga berjanji kepada ABO atasan kami Duta Mahkota Chan Koon Tin & Chai Foong bahawa kami tidak akan menyertai ALS Afrika Selatan melainkan kami layak sebagai Intan pada 2003.
Selepas 23 tahun dalam perniagaan ini, perniagaan AMWAY kami telah berkembang dari sebuah organisasi kecil menjadi sebuah rangkaian yang sangat besar. Saya mempunyai segalanya yang seorang lelaki biasa impikan: seorang isteri, anak, rumah, kereta dan wang.
Sebagai pasangan yg berjaya, kanami menikmati pendapatan yang lebih baik dan berpeluang mengikuti lawatan tahunan ke luar negara yang ditaja sepenuhnya oleh AMWAY.
Dan terima kasih kepada AMWAY, kami mampu mengamalkan gaya hidup yang serba santai dan meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dan keluarga.