Intan
WONG SWAIT FOONG & JOJOH TAN
Selangor
Saya dan Jojoh adalah akauntan bertauliah yang punya impian besar untuk masa depan kami. Walau bagaimanapun, impian kami itu tinggal impian dek kesibukan kami. Kami tidak ubah seperti pekerja pejabat yang keluar awal pagi dan pulang larut malam tanpa mengetahui bagaimana hendak mengubah hidup kami yang membosankan ini.
Suatu hari, adik lelaki Jojoh, Alan Tan Chueo Sian mengajak kami untuk mendaftar sebagai Pemilik Perniagaan Amway (ABO). Semasa menghadiri mesyuarat oleh Intan Eksekutif Pengasas Robert Yap Kim Choo & Lily Yee Lai Wah, Jojoh nampak potensi Amway tetapi saya pula menentang keras walaupun saya tidak tahu apa-apa mengenainya.
Tanggapan saya berubah akhirnya apabila saya melihat Jojoh berubah menjadi seorang ABO yang berkeyakinan dan bersemangat dalam kerjayanya. Ketika itulah saya mula sedar bahawa Amway bukan sekadar perniagaan menjual sabun tetapi sebuah perniagaan yang memupuk mereka yang berbakat untuk berjaya dalam hidup. Ia juga merupakan perniagaan yang menawarkan kami peluang untuk mencapai kebebasan masa dan kebebasan kewangan yang selalu kami impikan.
Kami bergelut sewaktu memulakan perniagaan Amway kerana kami tidak begitu arif tentang produk dan Pelan Penjualan & Pemasarannya. Kami juga tidak suka mendekati orang apatah lagi hendak memberi inspirasi kepada orang lain. Memetik kata-kata Benjamin Franklin, “Jika anda berhenti berubah, anda akan kekal di takuk lama.” Itulah sebabnya kami terus belajar, menghadiri pelbagai mesyuarat dan mengubah diri kami. Paling penting, kami bertindak untuk merealisasikan semua matlamat kami.
Hidup ini penuh dengan pilihan. Kita boleh memilih untuk mara atau menyerah kalah. Walaupun berdepan dengan cabaran, kami tetap yakin dengan perniagaan Amway kami. Usaha kami berhasil apabila kami mencapai tahap Nilam dan Zamrud pada 2014 dan meraih penyemat Zamrud Pengasas dan Intan pada 2016. Sama ada anda ingin berjaya atau tidak, pilihan di tangan anda.
Kerana Amway, kami telah melalui banyak pengalaman sekali seumur hidup, termasuk ke destinasi eksotik seperti Rom, Osaka, Kyoto, Nara, Los Angeles, New Zealand, Las Vegas, Tanzania, Barcelona dan Mediterranean Cruise. Kami juga telah dijemput untuk melawat Ibu Pejabat Amway di Ada, Michigan dan lawatan tersebut telah mengukuhkan lagi keyakinan kami bahawa kami telah membuat pilihan kerjaya yang tepat.
Selain itu, kami juga menghadiri Persidangan Intan Baru APAC 2016 di Busan. Kesemua pengalaman ini telah membuktikan bahawa kebebasan masa dan kebebasan kewangan hanyalah sebahagian daripada ganjaran yang Amway boleh tawarkan. Kami kini menjalani kehidupan yang penuh dengan momen-momen indah.
Kami percaya bahawa semua orang boleh berjaya dengan Amway tanpa mengira umur, latar belakang, pendidikan dan jantina. Jika anda memilih untuk berjaya di Amway, anda pasti dapat melakukannya.