Dua Intan Pengasas
RICKY NG THONG KOOK
Selangor
Ketika masih remaja, Ricky telah mula mencari peluang untuk berjaya. Beliau mengejar impiannya, bukannya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila berpindah ke Kuala Lumpur, beliau mendapati banyak peluang perniagaan tetapi semuanya memerlukan beliau memenuhi beberapa keperluan asas dahulu sebelum diberikan peluang. Beliau memulakan perniagaan AMWAY™ secara sambilan dengan menggunakan motosikal pemberian bapanya.
Hari ini, usahaniaga berskala kecil yang beliau jalankan secara sambilan telah berkembang menjadi sebuah perniagaan global yang boleh diwarisi dan bukan sahaja menjanjikan jaminan kewangan tetapi kebebasan sebenar. Mengimbas kembali ketika memulakan perniagaan, beliau berkata, "saya masih ingat ketika saya dan ahli pasukan menjual produk AMWAY dari rumah ke rumah menaiki motosikal di kawasan kediaman yang mewah sebagai ujian keberanian supaya kami dapat mengatasi rasa takut. Sambil memandang kondominium mewah itu, saya berkata kepada kawan saya yang saya akan membina rumah impian dengan konsep mesra alam di sana. 27 tahun kemudian, kini saya telah tercapai."
Menurut Ricky, seseorang perlu mempunyai pelan dan menampilkan diri sebagai orang yang berjaya dari luar dan dalam untuk mencapai matlamat. "Mesti ada rancangan dalam hati yang anda boleh lihat dengan yakin. Selepas itu barulah anda akan berada di laluan yang betul untuk berjaya. Keyakinan bermakna harapan. Inilah alat berkuasa yang boleh memacu dan membawa perubahan yang luar biasa dalam hidup anda! "
"Semuanya bermula dengan peluang. Anda mesti berupaya mengesannya dan jangan biarkannya terlepas. Saya percaya semua orang berpeluang untuk mengubah kehidupan mereka. Sama ada anda akan merebut peluang itu dan membuat perbezaan dalam kehidupan anda atau tidak, terpulang kepada anda, "kata beliau.