Intan Eksekutif
SATIPAH LATEH & MOHD NIZAM ABD RAHIM
Pulau Pinang
Suami saya pernah bekerja sebagai penghantar barang selama 20 tahun, manakala saya hanyalah suri rumah sepenuh masa yang juga melakukan pelbagai kerja sampingan untuk mencukupkan belanja. Setiap hari adalah tentang kelangsungan hidup. Berimpian besar pun terasa seperti satu kemewahan yang tidak mampu kami miliki.
Percaya atau tidak, saya telah menolak Amway sebanyak tiga kali. Saya merasakan produknya terlalu mahal dan saya tidak dapat membayangkan diri saya menjual apa-apa. Namun, jauh di sudut hati, saya tahu bahawa saya perlu mencuba sesuatu yang berbeza.
Segalanya berubah pada 6 Julai 2008. Seorang rakan sekolah telah menjemput saya ke satu perjumpaan, dan di situlah saya lihat Pelan Penjualan & Pemasaran Amway. Saya nampak harapan – masa depan yang boleh saya bina, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk anak-anak dan generasi seterusnya.
Pada awalnya, segala-galanya tidaklah mudah. Suami tidak menyokong pada mulanya, keluarga dan jiran turut meragui saya, dan saya sendiri pun kerap berasa ragu. Tetapi saya berpegang pada keyakinan mentor terhadap diri saya, bahawa suatu hari nanti saya akan mencapai tahap Intan.
Kami berpegang pada perkara asas, menggunakan produk, berkongsi cerita kami, dan membimbing pasukan kami. Setiap kejayaan kecil mengukuhkan lagi keyakinan kami. Detik perubahan berlaku apabila ahli pasukan kami mula mencapai kejayaan. Ketika itulah kami betul-betul menghayati prinsip yang kami pegang sampai ke hari ini: Sebelum kita berjaya, kita mestilah membantu orang lain untuk berjaya terlebih dahulu.
Satu kisah yang masih menyentuh hati saya ialah tentang seorang pekerja kilang yang gajinya tidak sampai RM1,000 sebulan. Dia mengikut sistem dengan setia, tanpa pernah berputus asa. Pada tahun ketiga, dia layak untuk lawatan insentif ke Paris, Perancis – sesuatu yang tidak pernah diimpikannya. Ketika itulah saya menyedari bahawa perniagaan ini bukanlah tentang dari mana anda bermula, tetapi sebanyak mana jiwa yang anda telah curahkan.
Melalui Amway, kami dapat mengubah gaya hidup. Kami mampu membeli kereta baharu, mengubah suai rumah dan bercuti bersama keluarga. Kami juga telah berkembang sebagai individu. Kami menjadi lebih yakin, berdisiplin dan berempati. Ganjaran terbesar saya ialah saya ada lebih banyak masa bersama anak-anak, sambil menunjukkan contoh kepada mereka bahawa kerja keras, kesabaran dan ketabahan boleh mengubah hidup.
Hari ini, ada beberapa ahli keluarga saya yang turut menjadi ABO. Suami saya, yang dahulunya ragu-ragu, kini berdiri di sisi saya. Kami berani menyimpan impian yang lebih besar, bukan sahaja untuk kejayaan sendiri, tetapi untuk membina pasukan yang kuat dan sihat serta mampu memberi impak yang lebih meluas kepada ramai orang.
Pesanan saya untuk yang baharu bermula ialah jangan membandingkan perjalanan anda dengan orang lain. Kejayaan sebenar bukan tentang siapa yang paling laju, tetapi siapa yang mampu bertahan. Kami bermula hanya dengan harapan. Lama-kelamaan dengan tindakan yang konsisten, harapan itu kini berkembang mekar menjadi kehidupan yang bermakna dan terisi.