Dua Intan Pengasas
HARUN & MURNI
Melaka
Sebelum menyertai Amway, kami berdua bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas. Rutin harian kami memang sibuk kerana kami terpaksa bekerja lebih masa demi menambah pendapatan. Selain itu, kami perlu membesarkan lima orang anak yang masih kecil.
Oleh itu, apabila ABO atasan kami, Allahyarham Ghazali Mohd Shah & Allahyarhamah Norhayati Md Jusoh memperkenalkan perniagaan Amway kepada kami, kami melihat satu peluang yang sangat luar biasa. Kami boleh berhenti kerja dan memberi tumpuan untuk membesarkan anak-anak kami serta memperluaskan jaringan perniagaan Amway kami.
Dengan bimbingan mentor kami, Allahyarham Dua Intan Tajuin dan isterinya Nun, kami mencurahkan segala usaha, tenaga dan memberi tumpuan untuk mencapai matlamat kami. Setelah berjaya mencapai satu matlamat, kami menyasarkan yang lebih tinggi.
Amway menjanjikan Harapan, Kebebasan, Keluarga dan Ganjaran. Hanya mereka yang kuat dari segi mental, spiritual dan fizikal akan dapat bertahan lama dalam perniagaan ini. Cabaran pasti ada. Namun, anggaplah masalah itu sebagai batu loncatan dan bukannya batu penghalang untuk anda berjaya.
Setiap orang perlu bijak merebut peluang ini dan memanfaatkannya. Apa yang kita beri, kita akan dapat semula. Jika kita inginkan sesuatu, pertamanya kita mesti memberi. Jika anda mahu meningkatkan pendapatan anda, ajarl orang lain cara menjana pendapatan terlebih dahulu.
Kami sangat berbangga kerana anak-anak kami turut mengikut jejak kami dan melakar karier Amway mereka sendiri. Amway adalah sebuah perniagaan yang sangat mudah dan sesiapa sahaja boleh berjaya. Daftarlah sebagai ABO seawal 18 tahun, hadir ke mesyuarat untuk menimba pengetahuan tentang produk. Jika anda belerja keras dan tabah, suatu hari nanti anda akan mempunyai satu jaringan perniagaan yang besar dan menikmati pendapatan pasif yang berterusan.
Tabiat berbeza orang yang berjaya:
• Mereka sanggup bekerja keras demi masa depan, manakala orang yang biasa-biasa lebih suka melakukan sesuatu yang mudah dalam hidup.
• Mereka nampak peluang yang orang lain tidak nampak.
• Mereka akan segera merebut peluang yang datang dan berusaha sehingga berhasil.
• Mereka bermula sebelum orang lain bermula. Dan apabila orang lain baru hendak bermula, mereka sudahpun berjaya dan kaya raya.