Intan
LIEW RIK CHUEAN & MANDY NG LAI HEANG
Selangor
"Apa!? Kalian menjalankan perniagaan AMWAY?” Kami sering diajukan soalan ini apabila prospek bertanyakan tentang mata pencarian kami. Respons kami ialah,
"30.295 - ini adalah sebab utama kami bersama AMWAY."
"Adakah itu ganjaran tunai AMWAY? Tidak menarik langsung," kata mereka.
"Itulah jumlah masa yang kami ada berdasarkan purata jangka hayat seorang yang berumur 83 tahun," kami menekankan.
Lihatlah carta untuk melihat jumlah hari yang tinggal berdasarkan kumpulan umur anda.
Kumpulan umur - Baki hari yang tinggal berdasarkan purata jangka hayat orang yang berumur 83 tahun
20 - 22,995
30 - 19,345
40 - 15,695
50 - 12,045
60 - 8,395
Saya pernah bekerja sebagai pengurus jualan negara di sebuah syarikat penerbitan selama 10 tahun manakala Mandy bekerja sebagai promoter runcit. Kami mempunyai impian dan matlamat yang besar dalam kehidupan. Kami fikir kami boleh mencapainya melalui kerja harian kami. Penat kerana asyik bekerja demi meneruskan kehidupan, kami menilai semula kepercayaan dan nilai-nilai kami; bertanya kepada diri sendiri apa yang kami benar-benar mahu dalam hidup ini selain mencari wang?
Hidup ini seperti buku; ada bab sedih, ada yang membosankan dan ada yang menarik. Tetapi jika anda tidak pernah menyelak halaman, anda tidak akan tahu bab seterusnya yang menanti. Apabila kami menemui empat asas nilai AMWAY, kami tahu kami telah menemui jawapannya. Tujuan terbesar dalam hidup adalah untuk melakukan bahagian kami untuk menjadikan kehidupan orang lain lebih baik.
Ulat membina kepompong mengelilingi dirinya dan perlu melalui proses transformasi sebelum rama-rama muncul di tempatnya dan terbang bebas. Transformasi diri adalah lebih kurang sama. Jadi apakah minat anda? Adakah anda mempunyai rancangan untuk menghidupkan minat anda itu?
Ganjaran AMWAY,
Ia bukan sekadar penyemat, ia adalah satu kebanggaan.
Ia bukan sekadar hasil, ia adalah prosesnya.
Ia bukan sekadar wang, ia adalah orangnya.
AMWAY adalah lebih daripada sekadar perniagaan. AMWAY memberi keseimbangan kerja dan kehidupan yang terbaik agar kita mempunyai masa untuk bersama dengan insan yang kita sayangi. Keluarga yang makan bersama-sama, kekal bersama-sama.
Makan bersama-sama, bercakap tentang hal-hal yang berlaku dengan ibu bapa kami, menghantar anak-anak ke sekolah adalah sebahagian daripada aktiviti harian kami dengan keluarga saya. Walaupun melakukan semua perkara ini tidak memerlukan banyak wang, ia perlu kebebasan masa dan kebebasan fikiran untuk melakukannya. Dapat menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga sememangnya hebat.
Kami amat bersyukur kerana mempunyai rakan kongsi yang baik dan ramai pemimpin yang cukup berpengalaman yang membantu dan menasihati dalam perjalanan kami untuk menjadi Intan. Terima kasih kepada mentor kami Intan Liew Rik Foong & Kong Mun Yee, Intan Pengasas Liew Bon Yen & Siw Kiang atas petunjuk, galakan dan sokongan.
Terima kasih juga kepada organisasi kami atas kepercayaan dan kerjasama mereka. Kami ingin mengucapkan terima kasih rakan-rakan AMWAY kami; walaupun kami bukan dari organisasi yang sama, kami seperti satu keluarga AMWAY yang besar. Juga terima kasih kepada kakitangan AMWAY dan Pengasas kami Duta Mahkota Charlie Lee Kim Soon & Linda Ng Kwee Choo.
Ramai orang bertanya bagaimana rasanya menjadi seorang Intan? Intan hanyalah seketul arang yang menangani tekanan dengan sangat baik. Seperti kata-kata Thomas Guthrie yang berbunyi, "Semakin intan dicanai, semakin terserlah kilauannya." Kami lebih suka menjadi Intan dengan kecacatan daripada kerikil tanpa apa-apa.
Legasi terbaik untuk anda tinggalkan bukanlah sebuah bangunan atas nama anda atau barang kemas tetapi 'Dunia Yang Mendapat Impak Dan Tersentuh Dengan Kehadiran, Keceriaan Dan Tindakan Positif Anda'.